Tuesday, February 22, 2011

gadis buta

aku si buta
terkaku bila hilang tongkat
andai aku melangkah
ke mana arah aku?
debar di dada siapa yang tahu
tidak melangkah bererti aku ketinggalan
ku rasa ada tangan menghulur
mahu memimpin aku mara ke depan
curiga mula berkesan
ke mana hala akan ku dibawa?
tiada manusia berpegang pada janji
tiada manusia tanpa nafsu
lalu ku tolak dengan lembut
bukan aku sombong
bukan aku bongkak
tapi ku mahu berjanji
dengan DIA yang satu
menuju jalan untuk berdampingNYA

No comments: