Friday, December 31, 2010

good bye 2010

how hard is my lips to say that words
but waiting is not the answer
time is keep running
i know that waiting is wasting
now i'm waving to you
we're never going to meet again
but the memories will be forever
good bye 2010

Sunday, December 26, 2010

dia gadis sunti

dia dipuja
anggunnya tak terbanding
lirik mata memikat si teruna
dia disanjung
petah lidahnya memujuk hati
sopan tingkah gadis melayu
dia dijunjung
tinggi martabat mengendong nama
indah dibalut persalinan mewah

aku tak marah
aku tak gentar
mana mungkin juara selamanya di atas
sang raja pun boleh diguling
apa pula pacar yang hina
kalau jiwa tun teja
tetap juga aku bertahan
walau tak ada keris di tangan
selendang sutera jadi senjata

Saturday, December 25, 2010

tidak
mimpi itu tak lagi menakutkan
memori itu tak lagi buat aku takut
aku tak lagi menangis
benar
luka itu ada parutnya
tapi aku sudah mampu tersenyum
lalu mengapa harus aku nafikan?
aku tak kenal siapa dia
aku tak tahu ceritanya
cuma aku harap
tabahlah dia berdepan dugaan

Thursday, December 23, 2010

nasihat buat si dewasa

kalau nak di jerit bukan si kecil
mahu dirotan muka ditarik
salahnya nyata tetap dirajuk
ditegur lembut dibalas herdikan
jauh mana lagi mahu menafi?
sekeras mana lagi mahu dilembut?
beringatlah sebelum tangis jadi teriakan
kau suruh aku diam
tapi kau mahu aku jawab
apa kau ingat aku si bisu?
tahu bahasa isyarat?
atau kau sangka aku punya deria ke enam?
kau mahu kebenaran
kenapa tutup telinga kau?
kau mahu kejujuran kenapa mulut aku ditutup?
aku lantang bila dicabar
aku pantang dipersalah jika aku tak salah

Monday, December 20, 2010

possesed by your love
i'm drowning in a shallow pond
falling from the flat surface
stuck in a big hallway
losing the count of three
forgetting my own name
see what you have done
how you already make me
the women of miserable
whenever you are not around
and only when you hold me
everything is back to normal
kadang aku terfikir
mengapa tidak saja aku menjadi kejam
pertahankan saja milikku walau ada yang menangis
tapi tidak
itu bukan aku
biar saja zahir aku membuat mereka benci
asal hati ini tidak menjengkelkan
bukan aku tak sayang
tapi aku tak mahu ada yang lain menangis
biar saja aku keseorangan
asal saja mereka ketawa
walau itu membunuhku dalam diam
biar saja begini
hingga aku tak lagi bernafas

Tuesday, December 14, 2010

harusbanyakmanalagiairmataperluakualirkanagarkebahagiaanitumenjadimilikakutelahakumenemukanseoranginsancukupsempuranadimatakutapibagaimanauntukakumenjadiyangsempuranabaginyasedangdiriiniterlalulemahterlalukekuranganhanyayangadapadakukeikhlasanakumenyayanginyadankasihsayangkupadanyakutakmahukehilangandiawalauuntuksedetik
pergilah mimpi ngeri
jangan kau bertandang lagi
sudah aku buang jauh kehidupan itu
sudah aku bangun semula
kini aku sudah bahagia
memiliki insan yang pasti lebih menyayangi aku
ini ikrar ku ini sumpah setia ku
tak akan aku pergi dari dia
selagi cintanya utuh padaku

Friday, December 10, 2010

lelah aku memikir
arah mana harus aku pergi
siapa harus aku percaya
jauh mana lagi perlu aku melangkah
sampai bila aku sendiri
di mana boleh aku jumpa
apa yang aku cari
aku tak mahu mengalah
tapi aku buntu

Thursday, December 9, 2010

dunia itu dunia aku
dunia itu milik aku
penceroboh akan aku hukum
apa aku fikir
apa aku mahu
aku dapat di dunia aku
di dunia itu
aku puteri
aku bebas menari
bebas berlari mengejar si rama-rama
aku punya sayap putih untuk aku ke puncak
aku bahagia di dunia aku
dan aku tak perlu kamu di situ
siapa sangka aku dan engkau
siapa duga kita bersama
sudah aku kata
kau dan aku
bagai hikayat penglipurlara
apa nak dihairankan
apa nak dikisahkan
kalau aku rusukmu
lain benua pun tetap bertemu

Monday, December 6, 2010

can i be cruel?
can i be demanding?
can i be selfish?
can i be greedy?
can i be fierce?
i wanna be cruel so no one dare to take him from me
i wanna be demanding so he won't think i'm easy
i wanna be selfish so my heart won't hurt again
i wanna be greedy so i can get all that i want and no need to share
i wanna be fierce so people will think twice before getting trouble with me

Sunday, December 5, 2010

bila raja murka
permaisuri takut mendekat
oh rajaku oh pria hati
sudahlah rajuk
permaisuri tak pandai bermadah
marilah sini rajaku sayang
permaisuri temankan sunyi hatimu
leraikan saja ikatan itu
agar bisa ia terbang kembali
bebas mencari kemahuan
terbang tinggi melihat dunia
seindah mana sangkar emas
keajaiban dunia ciptaan Tuhan lebih agung
lalu apa kuasa kau menahan ia
bukakan sangkar itu
lepaskan kembali merpati itu
dan biar ia mengikut nalurinya
terbang bebas di awan
biar saja mereka berteka-teki
mencari pembayang semahu mereka
lalu apa lagi andaian mereka
siapa lagi di fikiran
aku kira tak perlu aku umumkan
ini hidup aku
dia kekasih aku
aku pegang pada katanya
cinta kami kisah kami
tak perlu orang tahu siapa
tetap juga utuh kami bersama

Saturday, December 4, 2010

aku taat bukan untuk menghamba diri
setia aku tak bererti senang diperdaya
jujur aku jangan cuba diperbodoh
aku sayang untuk selama kau dengan aku
senyum mungkin terselindung muslihat
tangis bukan pemeran untuk mu
tawa itu andai bersamamu

Friday, December 3, 2010

tak akan aku izin
bayang silam terus mengikat aku
aku juga manusia
walau kau memandang hina aku
tetap aku tahu
Tuhan itu Maha Penyayang
suatu hari nanti
akan hadir teman sejati
bagi aku menumpang kasih
dan aku pasti dia akan membahagiakan aku
aku bukan gadis itu
tiada hebat padaku
bukan si manis yang sentiasa tersenyum
tiada lirikan mata menawan
tiada tawa manja
tingkah aku tak teratur
langkah tak tersusun
bait kata aku tak mendamaikan
dan kerana itu
aku dipandang sepi
tiada pria datang mendekat
tiada teman untuk berkasih
tiada siapa untuk ku rindu
hanya kerana
aku bukan gadis itu

Tuesday, November 30, 2010

bila permasuri pinta dilayan bagai puteri
sang raja lari ke pinggir
kuda tunggangan jadi peneman setia
mencari penawar rajuk pengarang jantung
mana salah mana kurang
sudahkah kasih hilang wangi
syair si permaisuri berlagu rindu
seri berkasih mula pudar

Monday, November 29, 2010

please don't ask
just take my hand
and walk with me
i promise you nothing
i give you nothing
one word complete my life
it is YOU
and i become the perfect person
having you is like i own the world
you fill up my life
you complete my wish
you say no joke but i laugh with you
you say nothing sweet but i'm floating in the air
i'm speechless in argument with you
because i always losing my words when i'm with you
you are so special for me
no doubt without reason
yang kau nilai bukan aku
kau kata kau kenal aku
aku hanya ketawa
persoalan aku pada kau
adakah kau kenal aku
atau ilusi aku?

Sunday, November 28, 2010

persembahkan sang putera
alunan merdu lagu kasih
tarian gemalai penuh asyik
liuk lentuk menjadi tatapan
persembahan si puteri
tanda sayang tak terbahagi
menjadi tautan asmara dua merpati

Thursday, November 25, 2010

rasa kali ini terlalu berbeza
sampai aku terkadang keliru
terlalu asing bagiku
rindu sepi bagai ada yang kurang
terlalu mudah air mata mengalir
saat terbayang wajah itu
aku terlalu ingin dia dekat padaku
tapi bila nyata di depan aku
aku takut untuk menghampir
dan bila dia melangkah menjauh
aku mula berlari mengejar

Wednesday, November 24, 2010

pernah kau merasa berada di bawah
pernah kau ketakutan seorang diri
kelam gelap sunyi sepi
kau cuba untuk berpaut
kau cuba untuk menggapai
bukan lagi kau meminta
merayu merintih mengharap tangan kau di sambut
tika itu air mata kau tak berharga
sekilas pun tiada yang hampir
dan bila akhirnya air mata kau seka
dengan amarah dan dendam
kau bangkit kembali
sumpah disemat dalam dalam
hati yang lembut kau pakaikan perisai benci
tak mahu di perguna bagai mainan si kecil
kau kalis matamu dari renungan
kau ikrar untuk tidak mengasih selain diri
sungguh aku tak mahu kehilangan dia
tiap saat berjauhan rindu menyelimuti aku
di fikiran aku ada dia
di hati aku ada dia
hati aku begitu bahagia
setelah sekian lama kini kembali aku rasa
rasa sayang yang begitu menebal dalam diri
hingga kini aku semakin takut
aku tak mahu kehilangan dia
aku mahu dia terus ada dengan aku
sungguh aku berbohong
bila aku mengatakan aku kuat untuk menerima
tak terbayang aku hidup tanpa dia
di saat kasih mula betaut
bila mana sayang semakin menebal
aku lemah kembali dengan tangisan

Tuesday, November 23, 2010

aku sedar kisah yang lalu tak mungkin dapat aku putar dan tegah dari terjadi dan aku juga tak menyangka pengakhiran yang paling perit harus aku terima sedang hati aku kekosongan mencari tempat berpaut untuk disayngi dan meronta untuk menyayangi sungguhpun aku tak berdaya untuk berdiri sekukuh dahulu tetap aku cuba untuk ke hadapan kerana masa lalu aku mahu tinggalkan jauh nun di belakang dan aku tak mahu menoleh bukan kerana aku ingin menafi tapi apa guna menunduk pada yang tak membantu sedang aku sudah merasa keperitan akibat dari kegagalan aku menilai erti sebenar hidup aku tetap juga bernafas walau aku harus derita andai takdir aku tak akan menemui cinta itu aku tetap akan terus mencari walau aku tahu aku bakal menangis lagi dan lagi...

Sunday, November 21, 2010

harus berapa lama aku menanti
ku kira tidak sukar persoalan itu
detik bersama ku diamkan sahaja
bibir ku rapat mengunci suara
tak mahu aku mempengaruh keputusan
rentap hati ini andai kau tak mahu
pedih bagiku tapi tak mengapa
hidup akan terus aku lalui
tak mengapa untuk aku tak memiliki
asal kau bahagia tersenyum

Saturday, November 20, 2010

nyata kau dan aku berbeza
cara kau cara aku tak pernah sama
bicara ku fikiranmu tak sehaluan
manis kau kata tawar
kau pilih kopi aku pilih jus
aku di kopitiam kau di mamak
cara kita berbeza
dua dunia dengan sempadan
kita tetap pecahkan tembok itu
dengan rasa dalam hati

Tuesday, November 16, 2010

andai kata aku berbisa
pujuk aku tak menenangkan
aku pilih untuk berdiam
biar sepi melenyap resah
biar rindu memadam amarah
bicara aku hanya bila kau sedia
kembali mendengar
kembali tenang

Saturday, November 13, 2010

jangan bunuh perasaan itu
kerna ia datang hanya sekali
biarkan bayang mengejar langkah
asal cahaya tetap bersama
seindah mana siang
secantik malam dengan kerdipan bintang
sudah kitaran alam semesta
awan mendung tetap berarak
walau ribut datang meranap
jangan bunuh perasaan itu
jangan nafi kebenaran itu
sekali di cantas tak mungkin bertaut
pulang saja ke akar jalan
renung kembali apa yang silam
fikir kembali apa mahu kau
tuntaskan kembali perjanjian itu
taut kembali persahabatan ikhlas
walau tiada cinta namun ada sayang
kata saja aku bongkak
herdik saja aku kedekut
sindir saja aku penting diri
kemudian lihat wajah aku
hanya senyum akan ku beri pada kau
kerana aku tahu siapa aku
aku tahu apa ku mahu
aku sedar apa lebih aku dari kau
dan ternyata aku istimewa yang tersendiri
aku mungkin tak seperti kau harap
dan aku tak kan mahu menjadi apa yang kau mahu
aku adalah aku yang tersendiri
apa cara aku apa kata aku
itu adalah aku
aku tak halang dan aku tak paksa
kau pergi atau tetap disamping
pilihan yang kau tentu sendiri

Friday, November 12, 2010

tinggi ku berdiri masih tak terlihat
jauh ku berjalan masih tak tiba
laju ku berlari masih tak terkejar
ke atas ke bawah dah ku jelajah
ku kira ku hilang sesuatu
terus aku memikir tak juga aku tahu
puas aku bertanya tak juga terjawab
atau mungkin sudah ku jumpa
namun hatiku buta untuk melihat?

Thursday, November 11, 2010

ku tahu kau cintaku
aku jua begitu
maaf aku terkadang ragu
bukan niat aku untuk menyakiti
hanya kerna aku terlalu cinta
aku tak mahu kau hilang
aku mahu kau di sini
sentiasa dalam hatiku

Tuesday, November 9, 2010

Stay by Estrella Guitar tutorial

kerna aku cinta kau
aku kembara sendiri
mencari janji tak tertunai
masih adakah pertemuan antara kita
jauh lagi kah perlu melangkah
atau aku sudah sesat
ku yakin ku pilih kau
ku yakin kau yang ku mahu
tapi di mana kau
adakah kau turut mencari
atau hanya menanti
aku pohon kau mengerti
detik saat ini bukan lagi dahulu
aku bisa berundur walau ku tahu hanya sia-sia
aku bersedia mengalah jika menang aku duka buat mereka
masa silam tetap menghantui
jejak perjalanan kau dan aku
meresahkan hari ku
mungkin takdir tertulis
kau dan dia sehingga akhirnya
dan aku hanya melengkapi kembara itu
sebagai perhentian kau melepas lelah
kini kau harus bangun semula
kejar kembali cintamu
sebelum tak tergapai lagi tanganmu
untuk menggenggam jemari lembut itu lagi
never ever let you walk away
no i will never let it
stop baby please don't
turn back to me
i promise you everything you want
let me be the perfect lover
this time let me make you smile
let me hold your hand through the night

Monday, November 8, 2010

sejauh mana kau berlari
aku tetap mengejarmu
biar berkali kau usir
aku pasti kembali
herdikmu pujian bagiku
jelingan itu menambah gilaku
gerak gerimu sudah ku hafal
biar aku menambah benci
namun tetap aku akan ada
kerana aku masih lagi pencintamu
aku relakan kau pergi
andai itu bahagiamu
tak akan ku cuba menahan
tak mungkin aku tangisi
kerna hanya akan mengundang duka
pergilah kau pada dia
insan yang mampu buat kau tersenyum
apalah erti kesetiaan ini
andai itu lebih bermakna
pergilah padanya
jangan toleh padaku lagi
bila kata sudah tiada erti
benar jadi dusta
tawa berganti tangis
apa lagi yang boleh diungkap?
hanya ku pinta kau renung mata ku
biar untuk seketika
baru ku rela kau pergi
teman
maafkan aku pertemuan akhir begini
hanya tubuh kaku mu ku renung
tiada lagi senyum mu
tiada lagi balas renungan mu
maafkan aku tidak menjadi teman yang baik
kini kau tiada lagi untuk menasihati ku
teman
akan aku ingati setiap kata mu
walau zahir ku tak menerima
hati ini masih tersemat
kini kau telah tamat perjalanan di bumi ini
aku hanya mampu mengirim doa
agar pengembaraan mu di dimensi itu
dirahmati Allah
tenanglah kau di sana teman

Sunday, November 7, 2010

slow baby slow
no need to rush
i'm here waiting for you
take your breath and stand up again
make a little step forward
and your journey begin

Saturday, November 6, 2010

terungkai persoalan
seribu makna terungkap
tak jatuh tupai di pokok
tak kembang bunga di semak
embun tak lagi membasahi daun
terik tak lagi membakar
hanya ada hujan membawa pelangi
hanya ada merpati berkicau riang
gema tawa menghilang sunyi
senyum mula bergaris di wajah
lalu ku nokhtah di situ

Wednesday, November 3, 2010

i know the truth
i understand the risk
i can feel the pain
but i'm not going to step back
i'm not going to move foward either
i'm not selfish
i'm not egois
the way i face it
is the way i want it
leaving the risk don't promise anything
i stand still
to let you come to me
no matter how long
i will be right here
waiting for you
and together we start the journey

Wednesday, October 27, 2010

menjengah ke dalam pondok itu
ku lihat segulung tikar usang
tersandar sepi di penjuru
setiap pijakan ku atur teliti
rapuh sudah lantai tua
segalanya telah kosong
memori kelmarin mengundang air mata
betapa dulu pondok itu
gamat dengan ikatan kasih sayang
satu persatu isinya pergi
hingga akhirnya gulungan tikar usang itu
sendiri menjaga pondok itu
perlahan ku tutup pintu rapuh
entah bila lagi akan aku kembali
ku biar itu menjadi azam
walau setinggi mana langit itu
di tanah ini juga aku bertapak

Tuesday, October 19, 2010

sudah termeterai janji itu
walau digoyah angin kencang
tak mungkin tumbang menyembah bumi
sudah terbukti sumpahan keramat
andai dicela nahas mendatang
bukan sakti yang dicari
tapi ilmu yang dituntut
adat kembara hati teguh
semangat kental baru berjaya
ke hujung dunia

Friday, October 15, 2010

you can send me to war
i'll be in front and fight
you can ask me to do bungee jump
i'll jump as much as you want
you can put me in a cage of tiger
i'll tame them to be like a cat
you can give me tonnes of pepper
i'll eat it and not drink any water
you can take me to the ghost house
i'll survive the night without crying
you can build a river full of crocodile
i'll swim across it to get to you
but if you ask me to stop loving you
i'' need a doctor to cut out my heart
because every beat is my love to you
angin..
bisikkan pada dia
aku sedang merindu
angin..
bawa lah aku terbang dekat padanya
angin..
tanyakan pada dia perasaannya pada ku
angin..
sampaikan jeritan hatiku ini
angin..
hembuskan bayu kasih ini
angin..oh angin..
aku sayang dia sekihlas hati

Tuesday, October 12, 2010

it started with a smile
it ended with a cry
halfway to the end
i fall and failed to rise back
i beg for mercy
you just walk away
i crawl to the end
there i stand up again
as a winner
and you come and act
like you're the reason i won
call me rude
call me snobbish
all i know is
i'm the queen
di mana noktah
harus ku berhenti mengharap
tidak kau nyatakan
tidak kau jelaskan
andai indah itu tiada padaku
luahkan saja kecewa itu
walau angin itu menderu
tak mungkin mampu meniup
debu cinta yang terasing

Monday, October 11, 2010

i'm blaming myself to lose control
to love the person i should not
to put hope on a man
to miss someone who never remember me
to wait him although i know he won't be mine
for that i'm giving up
if this is the faith i must face
au revoir mon ami
here we are now
in the end of the road
where we must decide
what is the end of our journey
for all this long
we hold on together
up and down we keeps together
and now will us still together
or we have to say good bye
the journey will end
when you let off my hand
my heart broken
could not use another promise
love is a lie
when it come to two
nothing is a secret
why must the past is haunting
when the cure is there
it is hard to forget
as it hard to forgive
just another simple mistake
will crush my heart
aku rindu kau!!!!!
terasa bagai ingin ku jerit
ku mahu seluruh dunia tahu
betapa aku rindukan kau
aku mahu kau di sini
namun jeritan itu hanya mampu bergema
jauh dalam hati ini
kerana aku bukan orangnya
yang layak merindu kau
akhirnya terus aku bertahan
merindu kau dari sini

Thursday, October 7, 2010

is it a sin to be with me?
why blood is a matter?
you're a human and so do i
come take this knife
cut our hand
and let see the blood
isn't it just the same?
so why bother about it
slowly..
i left you behind
not that i don't care
not because i hate
if only you can hear my heart
it beats so slow
because i'm so weak without you
the only reason
i walk away to let you happy
how it hurt me
when i open my eyes
you have gone
where is your promise
to be the first person i see
when i wake up
and to hug me every night
until i fall asleep

Wednesday, October 6, 2010

dentingan itu adalah yang terakhir
gemanya tetap berdengung
mengingatkan ku masa kian berlari
terlalu pantas hingga lelah ku mengejar
masa lenaku telah berakhir
bagaikan memikul bebanan batu
tetap aku harus bangkit
kerna perjalanan hidup masih jauh
itulah hakikat musafir di bumi tuhan

Sunday, October 3, 2010

forbidden city
where i'm staying
living in full of awareness
yes i'm free to move
but in reality people are watching
every breath is counted
a mistake could be disaster
they are ready to push me down

Saturday, October 2, 2010

lorong itu ku jejaki
gelap kelam tak bercahaya
walau ku susun langkah
tetap juga aku tersungkur
setiap langkah bagai ada yang menghalang
aku cuba berpaut
tapi pada apa harus ku percaya
sejenak aku berhenti
apa yang aku mahu adalah tiba ke hujung sana
di mana cahaya itu bergemerlapan
akhirnya ku pilih untuk bermula dengan rendah
andai tak mampu berjalan
ku pilih merangkak
asal saja aku tak menyerah
speak out
louder and louder
let them hear your heart
tell them what is inside you
shout your mind
reveal the truth
so that they listen to you
know the existence of you
you are where the spotlight should focus on

Wednesday, September 29, 2010

walking down the street
heading up to your place
my heart's singing
together with the bird in the sky
know that we are about to meet

feels like i want to run
coz the time moving so slow
oh how i miss you my baby

Tuesday, September 28, 2010

when the past come to the present
what will the future be
am i going to be love again?
does he come to hurt me again?
the nightmare haunted my night
my sorrow can't be hide
love is not dangerous
just human who make it hard
crush my heart and you go
thousand days i build it back
with tears and blood
now you come to break it again
the past is just a memory
now you are please to go
when the past come to the present
what will the future be
am i going to be love again?
does he come to hurt me again?
the nightmare haunted my night
my sorrow can't be hide
love is not dangerous
just human who make it hard
crush my heart and you go
thousand days i build it back
with tears and blood
now you come to break it again
the past is just a memory
now you are please to go
masihkah ada cebisan rindu
dari dirimu bagi diri ini
mungkinkah kau di sana bersendirian
mengenang memori indah waktu berdua
jauh di sudut hati
aku bersimpuh memohon pada yang Esa
moga tautan kasih antara kita
kembali terjalin walau kau jauh di sana
tetap aku di sini menanti penuh kasih
jawapan yang tak pasti
apakah penghujung penantian

Monday, September 27, 2010

breath easy my dear
let your chest clear
close your mind and put me inside
i know how to make you fine
just follow me and feel it

i'm gonna let you be spoiled by me
make you laugh
no alcohol but you may drunk
with my exciting ways

come hold my hand
i bring you there
where the spotlight is to us
take off your jacket and let start dance
let the crowd cheer for us
jika kau pilih untuk pergi
aku tak berdaya lagi menghalang
walau jauh ku berlari mengejarmu
kau tak mungkin akan berhenti
puas ku menjerit memanggil
namun suara bagai bergema di dalam
walau jatuh terluka
aku tetap bangun mendapatkanmu
bagiku kau pengubat luka duka
hingga kelibat kau tak lagi aku lihat
lamunan aku terhenti
kewarasanku kembali menyedarkan
betapa sebenarnya mengejarmu
meninggalkan luka mendalam
tepat di hatiku
dan kini ku relakan
kau pergi meninggalkan aku
what a cruel world
i'm living in such a strange world everyday
love does not mean anything to cold hearted
i scream hysterically
just to make you stop and listen
my heart had hurt so much
after years of sacrifice
what i get in return is just
you..being far from me day by day
i close my eyes from seeing u hugging her
i shut my mouth when i feel like cursing u
spending all those time just hoping for a misery

Tuesday, September 21, 2010

never

never say u love me if you don't feel it
never talk about feelings if it is not there
never hold my hand if you are going to break my heart
never look into my eyes if it is all lies
never say hello if you mean good bye
never say forever you with me if you just want to please me
never try to start if you can't finish it
just please..stop

heartbeat

heart
why are you beating so fast?
i'm not running
i'm not lifting weight
is there no oxygen?
hmm...i wonder why?
oh wait!
i know the answer
he is looking into my eyes

Monday, September 20, 2010

the truth

it is the moment of truth
no lies no tricks
let sit together
let me hold your hand
and please look into my eyes
take a deep breath and say it
say what is in your heart
it will only painful for us
if you keep silent
i will go if it is your wish
i will stay as long as you want
just tell me what is in your heart

tw0

this is a story of two
it need two people to be in love
it need two people to trade
two eyes to see clearly
two legs to walk properly
two hands to hugs firmly

can't you see it?
how can i walk if your not with me
i can't see the world clearly
no calming hugs for me
only because
we complete each other

star in dark sky

if i could reach a star
i'll just touch it
i will not take it from the sky
i want it stay there
and cheer all other people in love
and so i can keep wishing to the star
i can still sitting on the grass
leaning to my sweetheart
staring to the dark sky
brighten by the star

kisah malam itu

seketika aku terpaku
lidah ku kelu tak berkata apa
hembusan angin malam tak terasa dingin
kelam malam diterangi sinar matamu
terpesona aku dengan puisi indah
kau alunkan bersama gitarmu
bergetar hatiku membalas renunganmu
bagai di alam fantasi
kau genggam erat tanganku
kalungan indah kau persembahkan padaku
aku bagai di awangan
diterbangkan romantikamu

tegurlah

apa benar itu kebenaran?
apa salah dengan kesalahan itu?
mengapa dipertikai cara mereka?
andai diri tak mampu memimpin
jika kau berada di tempat mereka
mahukah engkau mendengar?
mengapa tidak berbicara hati ke hati?
adat melayu sudah terhakis
apatah lagi aturan agama
apakah bisa umpatan mengubah hati?
bicara mata ke mata
itu bagiku yang terbaik
aku bukan insan sempurna
maaf andai kataku kasar
aku cuma insan biasa
yang sentiasa mencari jawapan

sunshine vs darkness

when i open my eyes i see the sunshine
when i close my eyes i see the darkness
the sunshine promise so many enjoyment
world of experiences and ways to explore
the darkness promise a relaxing moment
world of dream and fairytale for a girl
sunshine or darkness
oh!!!what can i do without you?
both promise so much lovely moments
but if i need to choose either one
what will be my choice?

welcome and hello

it's my new blog..what i'm going to share here is quite poetic..written by me..it's a new way of me to share my feelings..my emotions..my experiences..in another way..A reminder..i'm not SHAKESPEARE or A SAMAD SAID..so the words will not as beautiful as what they write..okeh daa..