Monday, February 28, 2011

l.o.v.e

i'm reaching you
everyday and night
whenever you are away
i'll ask the wind to find you
not to call you back
just to tell you how i miss you
whenever you are beside me
i can't stop smiling
the day is so fast
i never have enough of you
you are my addiction


Friday, February 25, 2011

buat si kecil

selamat datang si kecil
ke dunia penuh cabaran
tangismu yang pertama
mengubat sakit ibumu
selamat datang si manja
ke dunia penuh warna warni
bukalah matamu sayang
lihatlah wajah-wajah penuh kesyukuran
menyambut hadirmu ke keluarga ini
dengarlah alunan azan
dari suara serak ayahmu
menahan sebak hati yang gembira
hadirmu ke dunia
kami sambut dengan kesyukuran
semoga kau membesar
menjadi insan yang terhebat

Tuesday, February 22, 2011

dendam si kecil

si kecil itu menekup telinga
si kecil itu tak mahu mendengar
di matanya bergenang air
tangan kecilnya tak mampu menghalang
terus sahaja dia mendengar ratapan ibunya
menjerit memohon belas
si bapa berhati batu
tak segan melibas tali pinggang
tubuh genit isterinya yang dulu dipuja
kini umpama tunggul tua
si kecil itu menyeka air mata
dia bangkit melangkah ke luar
mahu mencari sesuatu tak pernah dimiliki
sebuah keluarga penuh rasa sayang

more than we think

life is not as tough as u think
it is tougher when you experience it
life is never difficult
it is more difficult when you try to deny it
life is not a wish
it is what you wish
life will always a game
life will always a war


gadis buta

aku si buta
terkaku bila hilang tongkat
andai aku melangkah
ke mana arah aku?
debar di dada siapa yang tahu
tidak melangkah bererti aku ketinggalan
ku rasa ada tangan menghulur
mahu memimpin aku mara ke depan
curiga mula berkesan
ke mana hala akan ku dibawa?
tiada manusia berpegang pada janji
tiada manusia tanpa nafsu
lalu ku tolak dengan lembut
bukan aku sombong
bukan aku bongkak
tapi ku mahu berjanji
dengan DIA yang satu
menuju jalan untuk berdampingNYA

Sunday, February 20, 2011

-_-

aku memang tak sempurna
aku naif dalam pementasan dunia
kerana itu aku perlu kau
kerana itu aku mahu kau
adanya kau buat aku terpimpin
adanya kau buat aku sedar dari leka
kau pelindung aku
kau kesatria aku
dalam duka kau hadir
dalam suka kau temani
aku tersasar kau tarik aku
aku terjatuh kau paut aku
tiada lagi kata dapat aku ucap
tiada lagi ayat untuk ku bermadah
maafkan khilafku
maafkan kenaifanku

Tuesday, February 15, 2011

jawab

terkaku aku menanti jawab
menggeletar seluruh tubuh
sungguh aku tak mahu itu jawabmu
rasa ingin lari jauh dari nyata
ku tunduk merayu
moga kau ubah pendirian
tegar juga kau menyatakan benci
longlai aku melangkah
membawa hati yang perih

Sunday, February 13, 2011

racun

kenapa ada kata yang aku tak terluah
tetap menyimpan racun itu
terus membiarkan luka tak terubat
masih kabur pandangan dengan air mata
luruh hati ini mengenang duka
setia aku menanti merindu
tanpa aku sedari
kau di sana tersenyum dengan dia

Wednesday, February 9, 2011

childish girl in love

when it comes to two
should one be neglected
should one run away from another one
why must one want to be alone
is not the other one is her other half?
does being one making you smile?
no!
but how to turn back?
she does not know how
she keeps wondering, missing the other one
does he okay there?
does he trying to find her?
ohhh...go..go..away childish girl
she is not perfect without he



Tuesday, February 8, 2011

lafaz

mudah melafaz ikrar
seribu dugaan sanggup kau redah
tapi itu hanya bait kata
kebenarannya?
bila dugaan itu benar terjadi
adakah masih ikrar itu termeterai?
sungguh aku cinta kau
tapi adakah kau juga cinta aku?