Tuesday, November 30, 2010

bila permasuri pinta dilayan bagai puteri
sang raja lari ke pinggir
kuda tunggangan jadi peneman setia
mencari penawar rajuk pengarang jantung
mana salah mana kurang
sudahkah kasih hilang wangi
syair si permaisuri berlagu rindu
seri berkasih mula pudar

Monday, November 29, 2010

please don't ask
just take my hand
and walk with me
i promise you nothing
i give you nothing
one word complete my life
it is YOU
and i become the perfect person
having you is like i own the world
you fill up my life
you complete my wish
you say no joke but i laugh with you
you say nothing sweet but i'm floating in the air
i'm speechless in argument with you
because i always losing my words when i'm with you
you are so special for me
no doubt without reason
yang kau nilai bukan aku
kau kata kau kenal aku
aku hanya ketawa
persoalan aku pada kau
adakah kau kenal aku
atau ilusi aku?

Sunday, November 28, 2010

persembahkan sang putera
alunan merdu lagu kasih
tarian gemalai penuh asyik
liuk lentuk menjadi tatapan
persembahan si puteri
tanda sayang tak terbahagi
menjadi tautan asmara dua merpati

Thursday, November 25, 2010

rasa kali ini terlalu berbeza
sampai aku terkadang keliru
terlalu asing bagiku
rindu sepi bagai ada yang kurang
terlalu mudah air mata mengalir
saat terbayang wajah itu
aku terlalu ingin dia dekat padaku
tapi bila nyata di depan aku
aku takut untuk menghampir
dan bila dia melangkah menjauh
aku mula berlari mengejar

Wednesday, November 24, 2010

pernah kau merasa berada di bawah
pernah kau ketakutan seorang diri
kelam gelap sunyi sepi
kau cuba untuk berpaut
kau cuba untuk menggapai
bukan lagi kau meminta
merayu merintih mengharap tangan kau di sambut
tika itu air mata kau tak berharga
sekilas pun tiada yang hampir
dan bila akhirnya air mata kau seka
dengan amarah dan dendam
kau bangkit kembali
sumpah disemat dalam dalam
hati yang lembut kau pakaikan perisai benci
tak mahu di perguna bagai mainan si kecil
kau kalis matamu dari renungan
kau ikrar untuk tidak mengasih selain diri
sungguh aku tak mahu kehilangan dia
tiap saat berjauhan rindu menyelimuti aku
di fikiran aku ada dia
di hati aku ada dia
hati aku begitu bahagia
setelah sekian lama kini kembali aku rasa
rasa sayang yang begitu menebal dalam diri
hingga kini aku semakin takut
aku tak mahu kehilangan dia
aku mahu dia terus ada dengan aku
sungguh aku berbohong
bila aku mengatakan aku kuat untuk menerima
tak terbayang aku hidup tanpa dia
di saat kasih mula betaut
bila mana sayang semakin menebal
aku lemah kembali dengan tangisan

Tuesday, November 23, 2010

aku sedar kisah yang lalu tak mungkin dapat aku putar dan tegah dari terjadi dan aku juga tak menyangka pengakhiran yang paling perit harus aku terima sedang hati aku kekosongan mencari tempat berpaut untuk disayngi dan meronta untuk menyayangi sungguhpun aku tak berdaya untuk berdiri sekukuh dahulu tetap aku cuba untuk ke hadapan kerana masa lalu aku mahu tinggalkan jauh nun di belakang dan aku tak mahu menoleh bukan kerana aku ingin menafi tapi apa guna menunduk pada yang tak membantu sedang aku sudah merasa keperitan akibat dari kegagalan aku menilai erti sebenar hidup aku tetap juga bernafas walau aku harus derita andai takdir aku tak akan menemui cinta itu aku tetap akan terus mencari walau aku tahu aku bakal menangis lagi dan lagi...

Sunday, November 21, 2010

harus berapa lama aku menanti
ku kira tidak sukar persoalan itu
detik bersama ku diamkan sahaja
bibir ku rapat mengunci suara
tak mahu aku mempengaruh keputusan
rentap hati ini andai kau tak mahu
pedih bagiku tapi tak mengapa
hidup akan terus aku lalui
tak mengapa untuk aku tak memiliki
asal kau bahagia tersenyum

Saturday, November 20, 2010

nyata kau dan aku berbeza
cara kau cara aku tak pernah sama
bicara ku fikiranmu tak sehaluan
manis kau kata tawar
kau pilih kopi aku pilih jus
aku di kopitiam kau di mamak
cara kita berbeza
dua dunia dengan sempadan
kita tetap pecahkan tembok itu
dengan rasa dalam hati

Tuesday, November 16, 2010

andai kata aku berbisa
pujuk aku tak menenangkan
aku pilih untuk berdiam
biar sepi melenyap resah
biar rindu memadam amarah
bicara aku hanya bila kau sedia
kembali mendengar
kembali tenang

Saturday, November 13, 2010

jangan bunuh perasaan itu
kerna ia datang hanya sekali
biarkan bayang mengejar langkah
asal cahaya tetap bersama
seindah mana siang
secantik malam dengan kerdipan bintang
sudah kitaran alam semesta
awan mendung tetap berarak
walau ribut datang meranap
jangan bunuh perasaan itu
jangan nafi kebenaran itu
sekali di cantas tak mungkin bertaut
pulang saja ke akar jalan
renung kembali apa yang silam
fikir kembali apa mahu kau
tuntaskan kembali perjanjian itu
taut kembali persahabatan ikhlas
walau tiada cinta namun ada sayang
kata saja aku bongkak
herdik saja aku kedekut
sindir saja aku penting diri
kemudian lihat wajah aku
hanya senyum akan ku beri pada kau
kerana aku tahu siapa aku
aku tahu apa ku mahu
aku sedar apa lebih aku dari kau
dan ternyata aku istimewa yang tersendiri
aku mungkin tak seperti kau harap
dan aku tak kan mahu menjadi apa yang kau mahu
aku adalah aku yang tersendiri
apa cara aku apa kata aku
itu adalah aku
aku tak halang dan aku tak paksa
kau pergi atau tetap disamping
pilihan yang kau tentu sendiri

Friday, November 12, 2010

tinggi ku berdiri masih tak terlihat
jauh ku berjalan masih tak tiba
laju ku berlari masih tak terkejar
ke atas ke bawah dah ku jelajah
ku kira ku hilang sesuatu
terus aku memikir tak juga aku tahu
puas aku bertanya tak juga terjawab
atau mungkin sudah ku jumpa
namun hatiku buta untuk melihat?

Thursday, November 11, 2010

ku tahu kau cintaku
aku jua begitu
maaf aku terkadang ragu
bukan niat aku untuk menyakiti
hanya kerna aku terlalu cinta
aku tak mahu kau hilang
aku mahu kau di sini
sentiasa dalam hatiku

Tuesday, November 9, 2010

Stay by Estrella Guitar tutorial

kerna aku cinta kau
aku kembara sendiri
mencari janji tak tertunai
masih adakah pertemuan antara kita
jauh lagi kah perlu melangkah
atau aku sudah sesat
ku yakin ku pilih kau
ku yakin kau yang ku mahu
tapi di mana kau
adakah kau turut mencari
atau hanya menanti
aku pohon kau mengerti
detik saat ini bukan lagi dahulu
aku bisa berundur walau ku tahu hanya sia-sia
aku bersedia mengalah jika menang aku duka buat mereka
masa silam tetap menghantui
jejak perjalanan kau dan aku
meresahkan hari ku
mungkin takdir tertulis
kau dan dia sehingga akhirnya
dan aku hanya melengkapi kembara itu
sebagai perhentian kau melepas lelah
kini kau harus bangun semula
kejar kembali cintamu
sebelum tak tergapai lagi tanganmu
untuk menggenggam jemari lembut itu lagi
never ever let you walk away
no i will never let it
stop baby please don't
turn back to me
i promise you everything you want
let me be the perfect lover
this time let me make you smile
let me hold your hand through the night

Monday, November 8, 2010

sejauh mana kau berlari
aku tetap mengejarmu
biar berkali kau usir
aku pasti kembali
herdikmu pujian bagiku
jelingan itu menambah gilaku
gerak gerimu sudah ku hafal
biar aku menambah benci
namun tetap aku akan ada
kerana aku masih lagi pencintamu
aku relakan kau pergi
andai itu bahagiamu
tak akan ku cuba menahan
tak mungkin aku tangisi
kerna hanya akan mengundang duka
pergilah kau pada dia
insan yang mampu buat kau tersenyum
apalah erti kesetiaan ini
andai itu lebih bermakna
pergilah padanya
jangan toleh padaku lagi
bila kata sudah tiada erti
benar jadi dusta
tawa berganti tangis
apa lagi yang boleh diungkap?
hanya ku pinta kau renung mata ku
biar untuk seketika
baru ku rela kau pergi
teman
maafkan aku pertemuan akhir begini
hanya tubuh kaku mu ku renung
tiada lagi senyum mu
tiada lagi balas renungan mu
maafkan aku tidak menjadi teman yang baik
kini kau tiada lagi untuk menasihati ku
teman
akan aku ingati setiap kata mu
walau zahir ku tak menerima
hati ini masih tersemat
kini kau telah tamat perjalanan di bumi ini
aku hanya mampu mengirim doa
agar pengembaraan mu di dimensi itu
dirahmati Allah
tenanglah kau di sana teman

Sunday, November 7, 2010

slow baby slow
no need to rush
i'm here waiting for you
take your breath and stand up again
make a little step forward
and your journey begin

Saturday, November 6, 2010

terungkai persoalan
seribu makna terungkap
tak jatuh tupai di pokok
tak kembang bunga di semak
embun tak lagi membasahi daun
terik tak lagi membakar
hanya ada hujan membawa pelangi
hanya ada merpati berkicau riang
gema tawa menghilang sunyi
senyum mula bergaris di wajah
lalu ku nokhtah di situ

Wednesday, November 3, 2010

i know the truth
i understand the risk
i can feel the pain
but i'm not going to step back
i'm not going to move foward either
i'm not selfish
i'm not egois
the way i face it
is the way i want it
leaving the risk don't promise anything
i stand still
to let you come to me
no matter how long
i will be right here
waiting for you
and together we start the journey