Saturday, January 29, 2011

O2

dia nafas aku
di saat dada terasa sesak
dia hadir bak udara pagi
menyamankan kahangatan
jantung terus berdegup saat dia ada
nadi berdenyut sempurna
berdampingan dengan dia
buat aku bagai dilahir semula
seperti mana aku perlu bernafas
seperti itu aku perlukan dia

Monday, January 17, 2011

telan atau luahkan
dilema terus menghimpit
mana mungkin ada satu hari tanpa pilihan
lakonan harus terus berlangsung

Saturday, January 15, 2011

jauh

rindu yang membunuh jiwa
detik saat umpama tahun
apa jadi andai harus lebih lama
berjauhan amat perit
harus aku mula belajar
biar rindu menguatkan lagi cinta

Friday, January 7, 2011

bila aku leka

sepanjang perjalanan
tidak sedetik pun aku berhenti
untuk melihat sekeliling
melihat apa yang telah aku kecapi
sungguh aku tak terbayang
betapa aku sudah mencapai
sesuatu yang lebih dari aku ingin
tanpa aku sedari juga
kelekaan aku mengejar
membuat aku jadi insan
yang tak menghargai
maafkan aku

Thursday, January 6, 2011

when it reach the limit
i choose to speak out
you won't listen
but hey!
i'm a strong girl
i make my own decision
you choose to play the game
so i take the bet
once started never stop

Wednesday, January 5, 2011

as i said before
you are more than i wish
i love you
and promise
i'll be a good girl
faithful

Monday, January 3, 2011

rahsia itu

sampai bila harus rahsia?
tidakkah aku kekasihmu?
mengapa mesti berdiam?
aku cuba menerima alasan
aku telan pertanyaan mereka
aku berpura tak kisah
tidakkah kau lihat pengorbanan aku
menahan sebak untuk sentiasa tersenyum
lidah aku tak terucap kemahuan ini
aku cuba tak menyukarkan mu
biarlah aku hanya memendam
dan aku teruskan berdoa
moga satu hari nanti
kau akan genggam tanganku
tanpa perlu berahsia

permintaanku

aku tak mahu meragu
tolong bantu aku
agar aku tak terpesong
walau tak sempurna aku tahu lebih aku
aku istimewa andai kau benar kenal
aku cuba untuk bertahan
walau hati semakin remuk
begitu sukarkah untuk setia pada yang satu?
mengapa sukar untuk menelan kepahitan itu?
terlalu besarkah pinta aku?
ku cuba yang terbaik
dan aku terus mencuba
semoga satu hari nanti kau sedar
hanya aku yang kau mahu
jika diberi pilihan tetaplah jua dengan apa yang kau miliki selagi ia membuat kau tersenyum kerana mungkin pilihan itu datang hanya untuk menduga sama ada kau layak untuk memiliki apa yang kau telah ada