Friday, December 3, 2010

aku bukan gadis itu
tiada hebat padaku
bukan si manis yang sentiasa tersenyum
tiada lirikan mata menawan
tiada tawa manja
tingkah aku tak teratur
langkah tak tersusun
bait kata aku tak mendamaikan
dan kerana itu
aku dipandang sepi
tiada pria datang mendekat
tiada teman untuk berkasih
tiada siapa untuk ku rindu
hanya kerana
aku bukan gadis itu

No comments: