Wednesday, November 24, 2010

pernah kau merasa berada di bawah
pernah kau ketakutan seorang diri
kelam gelap sunyi sepi
kau cuba untuk berpaut
kau cuba untuk menggapai
bukan lagi kau meminta
merayu merintih mengharap tangan kau di sambut
tika itu air mata kau tak berharga
sekilas pun tiada yang hampir
dan bila akhirnya air mata kau seka
dengan amarah dan dendam
kau bangkit kembali
sumpah disemat dalam dalam
hati yang lembut kau pakaikan perisai benci
tak mahu di perguna bagai mainan si kecil
kau kalis matamu dari renungan
kau ikrar untuk tidak mengasih selain diri

No comments: