Saturday, October 2, 2010

lorong itu ku jejaki
gelap kelam tak bercahaya
walau ku susun langkah
tetap juga aku tersungkur
setiap langkah bagai ada yang menghalang
aku cuba berpaut
tapi pada apa harus ku percaya
sejenak aku berhenti
apa yang aku mahu adalah tiba ke hujung sana
di mana cahaya itu bergemerlapan
akhirnya ku pilih untuk bermula dengan rendah
andai tak mampu berjalan
ku pilih merangkak
asal saja aku tak menyerah

No comments: