si kecil itu tak mahu mendengar
di matanya bergenang air
tangan kecilnya tak mampu menghalang
terus sahaja dia mendengar ratapan ibunya
menjerit memohon belas
si bapa berhati batu
tak segan melibas tali pinggang
tubuh genit isterinya yang dulu dipuja
kini umpama tunggul tua
si kecil itu menyeka air mata
dia bangkit melangkah ke luar
mahu mencari sesuatu tak pernah dimiliki
sebuah keluarga penuh rasa sayang
No comments:
Post a Comment