Saturday, April 16, 2011

kebenaran sudah aku temu
perit hati menahan duka
aku sudah terbiasa dengan derita
hingga buat aku jadi kejam
aku sudah lelah dengan pengorbanan
aku tahu akan ada yang duka
tapi aku harus lakukan
hanya kerana aku tak mahu lagi derita
maaf atas kejam ku

Tuesday, April 12, 2011

duka aku cari

duka itu aku yang cari
duka itu yang aku mahu
duka itu beri aku air mata
duka itu menambah luka
salah siapa?
itu salah aku
lalu duka itu aku tadah
aku telan duri tajam
kerana itu yang aku pinta

Thursday, March 24, 2011

hanyut

jauh aku dibaling ombak
hanyut ke tengah laut gelora
berpaut hanya pada sekeping kayu
ku dongak ke langit
air mata ku mengalir memanjat doa
pohon aku diselamatkan
dan sesungguhnya TUHAN itu Maha Penyayang
doa hamba yang hina tetap didengar
kembali juga aku ke daratan luas

Saturday, March 12, 2011

why?

why would i be the most beautiful if you're not looking at me?
why must i dress up in the latest style if you never notice me?
why need to change the hairstyle when you don't even know me?
why have to put on make up when you just listen to me?

Wednesday, March 9, 2011

aku bukan gadis pekerti

aku kehilangan kata
sedaya mungkin aku cuba bertahan
demi cinta aku pada dia
tapi aku tak sanggup diperbandingkan
aku juga tak mampu menerima kritikan
bukan aku ego untuk menerima kelemahan
aku hanya mahu jadi yang terbaik
sampai bila harus aku berdiam
bila aku tahu diri ini tak diterima?
aku bukan gadis pekerti
tapi tetap aku tahu batasku
restu yang tua harus dimiliki
TUHAN..bantulah aku

Monday, March 7, 2011

sembunyi

sembunyi cinta aku
jauh dalam hati
supaya nanti kau tak ragu
bila ada yang cuba dekati aku
supaya nanti mereka tak cuba hampiri aku
jarakkan aku dari mereka
dekatkan aku dengan kau
sembunyikan kisah cinta kita
tertutup dari cemburu mereka
kisah aku dan kau
jadi diari kita abadi

Thursday, March 3, 2011

-

kalaulah kau tahu apa dalam hati
tanda soal itu sudah terhapus
tak perlu lagi merenung masa
tak ada lagi rasa kosong
tapi apa erti hidup kalau bukan untuk mencari
masih aku tetap akan mengejar
tapi tak sekali aku tinggalkan apa yang aku genggam